Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bahasa

BAHASA MELAYU BAHASA PERPADUAN

Imej
  PENGENALAN Berbeza bahasa ibunda tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan jati diri dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perbezaan itu sepatutnya diraikan kerana ia menjadi alat perpaduan yang menyatukan rakyat. Namun, mampukah negara menzahirkan aspirasi ‘bersatu dalam kepelbagaian’ dalam aspek bahasa, satu realiti.Bahasa kebangsaan perlu dipelajari oleh setiap kaum termasuk bangsa Melayu sendiri kerana ramai di antara mereka yang kini cenderung mengagungkan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Malaysia terkenal sebagai negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian bahasa yang dipertutur oleh kaum-kaum tertentu. Sebagi contoh, kaum Melayu bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, majoriti kaum Cina di Malaysia bertutur menggunakan bahasa Mandarin dan kaum India menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi kaum Sabah sarawak mereka bertutur menggunakan bahasa kaum mereka sendiri . Bahasa Inggeris turut menjadi bahasa pertuturan kedua di Malay...