Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

AKHIR BLOG

Imej
  KESIMPULAN Kesimpulannya,semua pihak bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting ke arah pemupukan semangat peraduan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Semua pihak hendaklah bersinergi umpama aur dengan tebing untuk merealisasikan wawasan dan gagasan besar negara. Kita tidak mahu generasi muda hari ini mengabaikan peranan mereka untuk memupuk perpaduan dan menghacurkan negara yang bakal diwarisi kelak. Iltizam dan sesungguhnya remaja dalam memupuk semangat perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, aman, maju, dan berdaya saing di peringkat global. Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. UCAPAN TERIMA KASIH Ribuan terima kasih kepada pengguna internet yang telah melayari blog kumpulan kami.Dengan terbinanya blog ini kami berasa gembira jika blog yang kami ini bina dapat membantu mereka yang ingin mendapatkan maklumat tentang perpaduan kaum. Kami juga ingin memohon maaf jika blog kami t

BAHASA MELAYU BAHASA PERPADUAN

Imej
  PENGENALAN Berbeza bahasa ibunda tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan jati diri dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perbezaan itu sepatutnya diraikan kerana ia menjadi alat perpaduan yang menyatukan rakyat. Namun, mampukah negara menzahirkan aspirasi ‘bersatu dalam kepelbagaian’ dalam aspek bahasa, satu realiti.Bahasa kebangsaan perlu dipelajari oleh setiap kaum termasuk bangsa Melayu sendiri kerana ramai di antara mereka yang kini cenderung mengagungkan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Malaysia terkenal sebagai negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian bahasa yang dipertutur oleh kaum-kaum tertentu. Sebagi contoh, kaum Melayu bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, majoriti kaum Cina di Malaysia bertutur menggunakan bahasa Mandarin dan kaum India menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi kaum Sabah sarawak mereka bertutur menggunakan bahasa kaum mereka sendiri . Bahasa Inggeris turut menjadi bahasa pertuturan kedua di Malaysia

Pakaian tradisional lambang masyarakat majmuk

Imej
  CONTOH PAKAIAN YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA Pakaian Tradisional Mewakili Suku Kaum Di Malaysia Mengikut Negeri x Baju kurung adalah salah satu contoh pakaian tradisional Malaysia yang sering mendapat tempat di kalangan kaum lain di Malaysia kerana ia selesa dipakai. Tapi tahukah anda, terdapat pelbagai jenis baju kurung dan baju tradisional yang unik bagi setiap negeri / suku kaum. Keunikan inilah yang menjadikan menyerlahkan lagi unsur kepelbagaian suku kaum di Malaysia. Ayuh, kita telusuri busana tradisional bagi setiap negeri di Malaysia. Pakaian Tradisional Malaysia Mengikut Negeri / Suku Kaum PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR PAKAIAN TRADISIONAL PERAK PAKAIAN TRADISIONAL PAHANG Kurung Pahang mempunyai pesak yang kembang. Busana ini dicipta pada era 1880 – an oleh Tengku Mariam, puteri kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah pemerintah Pahang ketika itu. Busana ini sinonim dengan kolar Cekak Musang dan berkancing enam. Baju ini asalnya dipakai oleh puteri-puteri istana dan golongan bangsawan kera