Pakaian tradisional lambang masyarakat majmuk

 CONTOH PAKAIAN YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA




Pakaian Tradisional Mewakili Suku Kaum Di Malaysia Mengikut Negeri

Baju kurung adalah salah satu contoh pakaian tradisional Malaysia yang sering mendapat tempat di kalangan kaum lain di Malaysia kerana ia selesa dipakai.

Tapi tahukah anda, terdapat pelbagai jenis baju kurung dan baju tradisional yang unik bagi setiap negeri / suku kaum.

Keunikan inilah yang menjadikan menyerlahkan lagi unsur kepelbagaian suku kaum di Malaysia.

Ayuh, kita telusuri busana tradisional bagi setiap negeri di Malaysia.

Pakaian Tradisional Malaysia Mengikut Negeri / Suku Kaum


PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR


PAKAIAN TRADISIONAL PERAK

PAKAIAN TRADISIONAL PAHANG

Kurung Pahang mempunyai pesak yang kembang. Busana ini dicipta pada era 1880 – an oleh Tengku Mariam, puteri kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah pemerintah Pahang ketika itu.

Busana ini sinonim dengan kolar Cekak Musang dan berkancing enam. Baju ini asalnya dipakai oleh puteri-puteri istana dan golongan bangsawan kerana ianya bersifat eklusif di mana fabrik yang digunakan ketika itu ialah dari kain tenun Pahang sepasang dan juga dipadankan dengan kain songket yang dilipat pinjung sebelah kanan.

Yang membezakannya dengan baju kurung yang lain ialah busana ini tidak mempunyai kekek tapi diganti dengan Pesak Gantung. Perhiasannya pula dikenakan dengan cucuk sanggul dan bunga di kepala bersama dokoh di dada dan kerikam (selendang pendek) di atas bahu.

PAKAIAN TRADISIONAL MELAKA



PAKAIAN TRADISIONAL PULAU PINANG


PAKAIAN TRADISIONAL KEDAH


PAKAIAN TRADISIONAL PERLIS


PAKAIAN TRADISIONAL KELANTAN


PAKAIAN TRADISIONAL WILAYAH PERSEKUTUAN


PAKAIAN TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN

Baju Kurung Ibu Soko merupakan busana tradisional Negeri Sembilan. Ibu Soko merujuk kepada wanita atau perempuan yang berilmu dan berpengalaman tentang peradaban serta kehidupan perjalanan adat khususnya tentang salasilah kelompok kekeluargaannya.

Baju Kurung Ibu Soko ini mempunyai leher Telok Belanga jahitan Tulang Belut dan mempunyai kain ikatan Tindih Kasih. Potongan baju ini pula berbentuk kembang payung, berpesak dan berkekek.

Busana yang digayakan ibu soko adalah berbeza mengikut daerah di Negeri Sembilan. Ibu Soko daerah Kuala Pilah dilengkapi dengan sehelai kain samping ikatan ombak beralun di pinggang. Ibu Soko di daerah Jelebu memakai ikatan kain samping pada kedudukan paras dada.

Ikatan kain samping ini mempunyai maksud dan falsafah yang tertentu, iaitu melambangkan tanggungjawab yang harus dipertanggungjawabkan, tidak boleh berbuat semena-mena dalam bertindak.

Ibu Soko sering menggayakan ikatan kepala yang dipanggil telepok panggilan dikenali di daerah Kuala Pilah atau tengkolok di daerah yang lain. Telepok bukannya kain gerus yang dikenali umum tetapi berasal daripada perkataan lepok bahasa daerah negeri yang bermaksud terletak kedudukannya. Bentuk tengkolok ini datar di tengah-tengah bermaksud tempat musyawarah, melenggong ke kiri dan kanan, mencari kata sepakat seperti kata perbilangan ‘bulat air dek pembetung, buat kata dek muafakat’. Ibu Soko sering menggunakan selempang yang melambangkan kebesaran serta tanggungjwab terhadap beban, hak dan kewajipan yang menjadi tanggungjawabnya.


PAKAIAN TRADISIONAL SELANGOR


Kebaya Selangor merupakan hasil asimilasi melalui perkahwinan Di Raja Selangor dengan kerabat Di Raja Perak dan Kedah. Di Selangor, Pemakaian baju Kebaya yang Labuh dan longgar telah mula dilihat semenjak awal abad ke- 19 dan tersebar ke seluruh daerah Selangor.

Kebaya Selangor atau dipanggil The Malay Dress dipadankan dengan kain sarung dan dipakai ketika melakukan aktiviti seharian dan menghadiri majlis perkahwinan. 

Antara ciri Kebaya Selangor ialah berpesak empat dihadapan, lurus, longgar dan berkekek. Selain itu bajunya labuh melepasi lutut, dipakai secara selisih, dilipat sedikit dibahagian leher dan disemat dengan kerongsang. 

Baju Kebaya Selangor bersifat longgar seperti baju kurung tradisional dan berbelah dihadapan. Kebaya Selangor dipadankan dengan kain songket, tenun Bugis atau batik mengikut kemampuan atau status pemakai. Kini penggunaan baju kebaya telah divariaikan mengikutyi citarasa si pemakai.

PAKAIAN TRADISIONAL SABAH


PAKAIAN TRADISIONAL SARAWAK


PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA


Pakaian tradisional lambang masyarakat majmuk

Rata-rata orang ramai yang dihubungi Bernama berpendapat peluang untuk mengenakan pakaian kaum lain di negara ini sesuatu yang cukup unik dan bertuah untuk dinikmati.

Malah mereka percaya kebebasan mengenakan pakaian kaum lain jelas melambangkan perpaduan kaum yang sedang dipertahankan oleh rakyat negara ini sejak dahulu lagi.

Seorang pesara swasta, Liew Yong Yu, 58, berkata berpakaian tradisional kaum lain seharusnya tidak menjadi isu besar dalam masyarakat kerana perkara itu sudah lama dipraktikkan di negara ini.

Jelas Liew, ketika zaman persekolahannya sekitar tahun 1960-an, pelajar wanita Melayu bebas berpakaian ‘pinafore’ dan mereka masih mengekalkan adat Melayu mereka.

“Malah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kita berpakaian traditional Cina dalam iklan Tahun Baharu, perkara itu bukan janggal malah menunjukkan keterbukaan beliau mendekati rakyat berbangsa Cina.

“Kalau kita lihat ada juga di kalangan menteri-menteri bukan berbangsa Melayu memakai songkok ketika upacara rasmi di Istana. Ini satu keunikan yang kita ada,” katanya.

Sementara itu, guru sekolah rendah, Raihan Jamaludin, 30, berkata pakaian seragam sekolah sama ada ‘pinafore’ mahupun baju kurung hanyalah pakaian rasmi dan tidak menentukan bangsa dan agama seseorang.

“Selagi seseorang pelajar itu hadir ke sekolah dengan pakaian rasmi, ia tidak menimbulkan apa-apa masalah. Jadi mengapa perlu sekat murid bukan Melayu untuk berbaju kurung?” soal beliau.

Mereka mengulas laporan media tempatan tentang dakwaan seorang pelajar sekolah berumur 15 tahun dilarang memakai baju kurung oleh pihak pentadbiran sekolah kononnya atas alasan baju kurung hanya untuk pelajar perempuan Melayu.

Bagaimanapun, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara Mohd Amir Abdul Ghani ketika ditanya berhubung perkara itu Khamis lepas mendakwa masalah komunikasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu itu.

Katanya pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu memakainya dan cuma menekankan pemakaiannya hendaklah dengan cara yang betul.

Pesara polis, Mohd Azman Sakirin, 61, pula percaya melalui pemakaian tradisional, ia mampu mengurangkan jurang di antara kaumkaum lain di negara ini.

Beliau berkongsi pengalamannya ketika zaman persekolahan apabila pihak sekolah ingin mengadakan sambutan Deepavali yang memerlukan mereka memakai pakaian tradisional India.

“Ketika itu saya tidak ada wang untuk membeli baju India, kemudian ibu cadangkan supaya meminjam pakaian daripada jiran kami yang berbangsa India, sejak itulah kami menjadi rapat sehingga sekarang,” katanya.

Mohd Azman juga berharap keunikan berpakaian ini akan dipelihara bagi memastikan generasi akan datang tidak janggal mengenakan pakaian kaum lain. — Bernama


BAJU TRADISONAL BAGI KAUM MELAYU

Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang melayu, terutamanya baju melayu dan baju kurung Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya,dr Cfyutjenrhr celana, kain sarung, samping dan selendang.

Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau.




Baju melayu 


Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.


Baju Kurung


Baju melayu dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

PAKAIAN TRADISIONAL BAGI KAUM INDIA

DHOTI



Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.


SARI


Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. 
SariDari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.


BAJU TRADISIONAL BAGI ORANG CINA

 Samfoo


Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian tradisional ini bukan pakaian tradisional kaum Cina. Ia diperkenalkan sewaktu Dinasti Ching. Ia adalah pakaian tradisional kepada Orang Manchu.


CHEONGSAM


Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya.


RUJUKAN


https://ecentral.my/pakaian-tradisional-malaysia/


https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sarawak/20150118/282256663884989

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN SEBAGIAN ALAT PENGERAT PERPADUAN

BAHASA MELAYU BAHASA PERPADUAN