MAKANAN SEBAGIAN ALAT PENGERAT PERPADUAN




MAKANAN SEBAGAI PENGERAT PERPADUAN


              Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional mengikut kaum di Malaysia. Makanan tradisional terbahagi kepada makanan basah dan makanan kering. Antaranya ialah Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo. Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan Bahulu. Makanan tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke peringkat antarabangsa. Makanan tradisional boleh diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan tradisional di negara kita.

              Dalam kita memajukan industri makanan tradisional ini, kita boleh mempelbagaikan produk industri makanan yang sedia ada. Hal ini dikatakan demikian kerana kepelbagaian sesuatu produk dapat menarik minat pelanggannya. Biar kita ambil contoh, kuih Bahulu. Dahulunya, kuih Bahulu memang popular pada musim-musim perayaan sahaja. Dalam era moden ini, kuih Bahulu semakin menambat hati raja sehari yang mempelbagaikan bungkusan kuih Bahulu untuk cenderahati tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan mereka. Dalam hal ini, kuih Bahulu telah menjadi popular di samping terkenal dalam kalangan generasi kini. Usaha sebegini haruslah diteruskan agar kuih-kuih tradisional akan terus terkenal di seantero dunia.


Makanan Tradisional Orang Melayu


Nasi Lemak
 

Nasi lemak adalah hidangan yang dijual di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Thailand Selatan. Di Kuala Lumpur, hal itu disebut hidangan kebangsaan, warisan kebangsaan Malaysia. Hal ini tidak menjadi bingung dengan Nasi Dagang dijual di pantai timur Malaysia atau Terengganu dan Kelantan walaupun kedua-dua pinggan boleh biasanya dijumpai dijual berdampingan untuk sarapan. Namun, kerana fleksibiliti yang Nasi lemak di dapat dilayani dalam berbagai perilaku, sekarang disajikan dan dimakan setiap saat sepanjang hari. Ada hidangan sejenis di Indonesia disebut nasi Uduk.Secara tradisional, ini datang sebagai sepiring makanan dibungkus daun pisang, dengan hirisan timun, teri kering kecil (ikan bilis), kacang goreng, telur rebus, dan panas pedas sos (sambal) pada intinya. Sebagai makanan yang lebih substansial, nasi lemak juga boleh datang dengan pelbagai menyertai lain seperti ayam, cumi-cumi, kerang, aduk goreng convolvulus air (kangkung), sayur-sayuran acar (achar), daging lembu rendang (daging lembu rebus dalam air kelapa dan rempah-rempah) atau paru (paru-paru lembu). Secara tradisional kebanyakan iringan yang pedas di alam.Nasi lemak secara meluas dimakan di Malaysia, bahkan sebagai hidangan disajikan di sekolah-sekolah Malaysia. Nasi lemak adalah hidangan sarapan biasa, pagi-pagi dijual di warung pinggir jalan di Malaysia, di mana ia sering dijual dibungkus dalam surat khabar, kertas coklat, atau daun pisang. Namun, ada restoran yang menyajikannya di atas piring sebagai makan siang atau malam hari, sehingga memungkinkan untuk hidangan yang akan dimakan sepanjang hari. Nasi lemak kukus yang bermaksud lemak nasi panas adalah nama lain yang diberikan kepada nasi lemak yang dihidangkan dengan nasi panas.

Kuih Bahulu

 
Kuih Bahulu merupakan makanan Melayu tradisional biasanya sangat popular, terutama pada hari cuti dan hari orang ramai.Umumnya kuih bahulu terdiri daripada tiga jenis kuih yang merupakan dikenakan bahulu kecil bahulu, lapisan bahulu bahulu and roll. Bahulu bahulu layer dan roll agak sukar ditemui di supermarket untuk kuih tradisional ditempah dari kilangnya.

Gula Melaka
Gula Melaka, juga dikenali dengan nama Gula Tuak, merupakan salah satu sumber gula yang banyak terdapat di Melaka. Gula ini diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka asli berbeza dengan gula melaka tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.

Ketupat
Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia.

Makanan Tradisional Orang Cina

Char koey tiaw & yee mee sizzling


Mereka lebih gemar makan mi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan teknik masakan seperti di goreng,mi rebus,mi sup,mi hailam dan macam-macam lagi.Dan yang paling terkenal di Malaysia ini yang juga telah menjadi makanan pelbagai kaum lain disini ialah Char Koey Tiaw dan Mi Sizzling.

Bubur nasi dan lauk pauk serta sayuran


Kaum Cina tidak makan nasi sebagai makanan utama seharian tetapi memasak bubur nasi yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar memakan makanan laut dan manisan.Nasi ayam juga merupakan makanan tradisional kaum Cina yang kini di gemari oleh semua kaum di Malaysia.

Tang Yuan & Spring Roll

Salah satu pencuci mulut kaum Cina yang agak popular di negara kita ialah Tang Yuan.Sejenis manisan dari beras pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur .Terdapat juga popia yang dikenali sebagai Spring Roll sebagai makanan yang berasal dari keturunan kaum Cina yang digemari juga kaum-kaum lain di sini. Makanan sempena perayaan kaum Cina di Malaysia seperti kaum lain mereka juga mempunyai perayaan-perayaan tersendiri dan seringkali dikaitkan dengan makanan utamanya seperti. Tahun Baru Cina antara juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada merea.Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan pelbagai lauk pauk yang enak-enak.Disamping itu mereka juga menyediakan kuih muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang bertandang.





Kuih Bakul,kuih bangkit,kuih kapit & limau Mandarin


Kuih Chang ataupun Zongzi pula dimakan dan disediakan untuk meraikan Festival Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.Ia dibuat daripada beras pulut yang diisi inti dan dibalut dengan daun buluh serta dikukus dan digantung untuk dikeringkan.


Maklumat tentang kuih Bulan ataupun Mooncake Festival yang disambut pada hari ke 15 bulan ke 8 kalender lunar.Kuih bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin.Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi dan bentuk malah ada juga yang Halal untuk dimakan oleh orang Melayu disini.

 Kuih Bulan


 

Makanan Tradisional Orang India

MURUKKU

Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri. Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India. Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras. Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan. Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti  cili,asafoetida,ajawain dan cumin. Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur. Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut.


TOSAI
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

IDLI
Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave atau sambar idli. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

PUTU MAYAM

Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri Lanka,Malaysia dan Singapura sebagai snek.Proses menghasilkan putu mayam terdiri daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air atau santan, dan menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee.

MAKANAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN

 Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung memangkin kepada perkembangan variasi jenis makanan warisan yang mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

Tukang masak terkenal, Datuk Chef Ismail berpandangan, kemampuan sesuatu makanan warisan sebagai salah satu faktor untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama adalah tidak dinafikan.

“Makanan warisan seperti nasi lemak, rendang, roti canai, teh tarik, nasi kandar, char kuetiau dan dimsum seperti yang kita tahu adalah menu terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan dimakan oleh semua rakyat.

“Misalnya pada bulan puasa, bukan setakat orang Islam yang datang mencari makanan tetapi pelbagai kaum didapati mengunjungi bazar Ramadan untuk mendapatkan beberapa jenis makanan warisan. Inilah situasi contoh makanan telah menyatukan bangsa,” katanya.

Tambah Chef berkenaan, aspek penyatuan bangsa melalui makanan juga dapat dilihat pada beberapa jenis makanan warisan yang berasal daripada budaya orang India dan Cina tetapi popular dalam kalangan orang Melayu. Begitu jugalah sebaliknya.“Pada masa kini, saya dapati sesuatu kaum mengunjungi sesebuah restoran untuk menikmati hidangan yang kebiasaannya dimakan bangsa lain.“Contohnya di Restoran Rebung milik saya yang menitik beratkan makanan warisan.
“Dodol dan wajik ialah makanan tradisi orang Melayu yang diminati pelbagai bangsa seperti orang India dan Cina yang datang ke restoran saya untuk menikmatinya,” kata Chef Ismail.
RUJUKAN
http://groupmakanan.blogspot.com/2017/03/makanan-tradisional-kaum-di-malaysia_12.html?m=1
https://www.sinarharian.com.my/article/46206/khas/cerita-merdeka/perpaduan-melalui-makanan-warisan




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pakaian tradisional lambang masyarakat majmuk

BAHASA MELAYU BAHASA PERPADUAN