Perayaan Sebagai Pengukuh Perpaduan

 VIDEO CONTOH PERAYAAN DI MALAYSIA



PERAYAAN YANG DIRAIKAN DAN DISAMBUT DI MALAYSIA

 

 Di Malaysia begitu banyak sambutan perayaan yang diraikan Antaranya ialah Hari Raya Aidilfitri bagi penduduk Melayu,Sambutan Tahum Baru Cina bagi bangsa Cina dan Pesta cahaya bagi kalangan orang india.Masih banyak perayaan yang disambut di Negara kita selain yang disebutkan di atas dan saya akan menjelaskan lagi tentang perayaan yang diraikan oleh seluruh penduduk Malaysia yang berbilang kaum,agama dan bangsa


PERAYAAN ORANG MELAYU DAN PENGHANUT AGAMA ISLAM

 Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.Tujuan ibadah puasa adalah untuk menyemai keinsafan kerana terdapat golongan yang berada dalam keadaan susah untuk mendapatkan makanan seperti hidup “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Ibadah puasa diharap mampu menyemai keinsafan mendalam dalam kalangan insan yang dilimpahi kemewahan rezeki untuk bersedekah.


Hari Raya Aidilfitri jambatan untuk mempertingkatkan 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri perlu dijadikan sebagai jambatan untuk mempertingkatkan hubungan dan perpaduan antara semua kaum dan pelbagai agama di negeri ini.

Aidilfitri perlu disambut dalam semangat yang menyuburkan budaya bangsa dengan mengunjungi anggota keluarga, ziarah-menziarahi, mengeratkan silaturahim serta bermaaf-maafan.

Aidilfitri hendaklah disambut dalam semangat yang memenuhi tuntutan agama dengan bersedekah, menghulurkan bantuan kepada fakir miskin, melimpahkan kasih sayang kepada anak-anak yatim serta menunaikan zakat dan zakat fitrah. Suasana riang gembira dalam semangat kesederhanaan yang tidak melakukan pembaziran perlu menjadi antara teras sambutan perayaan itu.

Aidilfitri bukan untuk diraikan oleh umat Islam sahaja, sebenarnya ia sudah menjadi budaya bahawa hari raya disambut dan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan beragama Islam. Umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia memanfaatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan memulih dan memperbaiki hubungan yang dingin serta retak sesama mereka. Kita perlu gunakanlah peluang sempena hari dan bulan baik ini untuk memperkasakan perpaduan dan ikatan muhibah seluruh rakyat pelbagai agama dan bangsa

GAMBARAN KEMERIAHAN SUASANA HARI RAYA AIDILFITRI

 

https://www.youtube.com/watch?v=Gyi1XYyo03g

https://www.youtube.com/watch?v=c2iEsf-TkII

https://www.youtube.com/watch?v=ns5zDpOJa-c


 


         

 



SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yangdikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.




SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI MALAYSIA

APA ITU TAHUN BARU CINA?

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.

Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).

12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri.

SAMBUTAN

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai masyarakat berketurunan cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di pekan cina di merata dunia.

LARANGAN

Masyarakat cina percaya beberapa larangan perlu diamalkan ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Antaranya ialah;

  1. Mengambil ubat pada hari pertama tahun lunar bermakna mereka akan mengalami kemudaratan kesakitan bagi tahun itu.
  2. Bubur tidak boleh dimakan, kerana ia dianggap bahawa hanya orang miskin mampu makan bubur untuk sarapan.Penganut Buddha tidak mahu memulakan tahun baharu dengan makanan yang ‘miskin’ kerana ini dianggap sebagai satu petanda yang tidak baik.
  3. Masyarakat Cina tidak akan mencuci pakaian pada hari pertama dan kedua perayaan, kerana kedua-dua hari dirayakan sebagai hari lahir Shuishen (Tuhan Air).
  4. Rambut tidak boleh dibasuh pada hari pertama tahun lunar. Dalam bahasa Cina, rambut mempunyai sebutan yang sama dan watak sebagai 'fa fa cai’, yang bermaksud 'untuk menjadi kaya’. Oleh itu, ia dilihat sebagai satu perkara yang tidak baik untuk "mencuci nasib seseorang" pada awal tahun baru.
  5. Tidak boleh meyapu rumah kerana ia bermakna anda menyapu keluar kekayaan.

LATAR BELAKANG SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Kaum Cina menggunakan kalendar lunar untuk mengira tarikh perayaan tahunan mereka, ini bermakna tarikh sambutan Tahun Baru Cina setiap tahun adalah berbeza dan biasanya akan disambut pada akhir Januari ke bulan Februari setiap tahun.

Sambutan ini telah diraikan selama berabad-abad lamanya. Tahun Baru Cina akan berlangsung selama lima belas hari dan berakhir pada tarikh bulan purnama iaitu Pesta Tanglung atau lebih dikenali sebagai perayaan “Chap Goh Mei” di Malaysia.

Aktiviti pada Tahun Baru Cina ini selalunya meliputi aktiviti ziarah-menziarahi rakan-rakan dan ahli keluarga serta mempunyai beberapa tradisi istimewa yang bertujuan untuk membawa nasib baik untuk tahun itu seperti pemberian Ang Pow, hiasan berwarna merah, memakai baju baru, memberi limau mandarin, tarian singa dan banyak juadah tradisional dan kuih-muih istimewa akan dihidangkan.

Di Malaysia, ucapan “Kong Hee Fatt Choy” yang bermaksud “semoga tahun ini akan membawa kebaikan” akan sering didengari sepanjang musim perayaan ini. Masyarakat Malaysia akan menziarahi antara satu sama lain dan aktiviti yang ditunggu-tungu adalah pemberian “Ang Pow”, hamper dan limau mandarin sebagai tanda membawa tuah buat kaum Cina.

KISAH TAHUN BARU CINA

Terdapat legenda yang dikaitkan dengan Tahun Baru Cina dan menjelaskan mengapa perayaan ini dikaitkan dengan warna merah, tanglung kertas dan mercun.

Mengikut lagenda mitos yang sangat popular, dikatakan pernah wujud seekor raksasa di Tanah Besar China yang ganas dinamakan sebagai “Nian”. “Nian” tinggal di dasar laut tetapi akan keluar dari dasar laut ke atas darat dan mengganas di kampung berhampiran sekitar masa Tahun Baru yang juga dikenali sebagai akhir tahun Lunar, dia. “Nian” adalah makhluk yang menakutkan dan akan memusnahkan semua harta benda, memakan ternakan malah mencederakan anak-anak penduduk kampung dengan cakarnya! Oleh kerana penduduk kampung berasa sangat takut dan berisiko, mereka akan berundur ke pergunungan berhampiran untuk bersembunyi sekitar masa “Nian” akan tampil ke atas darat untuk membuat onar.

Pada suatu hari, ketika penduduk kampung sedang bersiap-siap untuk bertolak ke kawasan pergunungan persembunyian mereka, seorang lelaki tua masuk ke dalam kampung dan dinasihatkan untuk turut serta bersembunyi. Apa yang menarik adalah orang tua itu berkeras untuk terus tinggal dan akan berusaha untuk menakutkan “Nian”.

Tiba masanya untuk “Nian” mendarat dan mendapati terdapat sebuah rumah yang dihiasi dengan kertas merah dan lilin. Lalu, menimbulkan kemarahan “Nian” menyebabkan dia menyerbu ke arah rumah itu tetapi orang tua tersebut telah memasang mercun dan “Nian” pun lari ketakutan oleh bunyi dentuman yang sangat kuat. Penduduk kampung pulang dan terkejut melihat kampung mereka tidak mengalami sebarang kerosakan dan orang tua itu terselamat. Setiap tahun selepas ini, penduduk kampung akan menggunakan kaedah yang sama, seperti lilin dan mercun, untuk menghalang “Nian” melakukan kerosakan.

Ini adalah kisah lagenda Tahun Baru Cina, dan kita dapat melihat mercun dan warna merah yang masih digunakan hari ini untuk menyambut kehadiran tahun baru yang selamat daripada “Nian”.

TRADISI TAHUN BARU CINA

Apabila Tahun Baru Cina tiba, terdapat beberapa tradisi istimewa kaum Cina semasa mereka meraikan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Aanta beberapa tradisi yang terkenal adalah seperti:

Membersihkan rumah

Salah satu tradisi yang selalu dikaitkan dengan Tahun Baru Cina ialah aktiviti membersihkan rumah. Kaum Cina yang meraikan perayaan ini akan melakukan pembersihan rumah sepenuhnya sebagai sebahagian daripada persiapan perayaan mereka setiap tahun. Simbolik kepada aktiviti ini adalah untuk membersihkan semua nasib malang dari rumah mereka sebagai persediaan untuk tahun yang akan datang. Tradisi ini dilakukan dengan harapan apabila mereka dapat membuang semua nasib malang, ini akan memberi ruang kepada nasib baik untuk masuk dan menceriakan suasana rumah mereka tahun itu.

Menghias Rumah

Tradisi ini sering dilakukan seiring dengan pembersihan rumah mereka. Warna utama yang dikaitkan dengan Tahun Baru Cina ialah merah, yang dianggap melambangkan kejayaan dan tuah. Jika anda berjalan di sekitar kawasan kejiranan semasa Tahun Baru Cina, anda biasanya akan mendapati setiap rumah dihiasi dengan hiasan merah. Salah satu hiasan yang paling terkenal untuk perayaan ini ialah tanglung merah yang akan digantung di jalanan. Kebanyakan hiasan awam biasanya dipasang sebulan sebelum Tahun Baru Cina dan kemeriahan sangat dirasai jika anda berada di kompleks membeli belah dengan hiasan sempena Tahun Baru Cina serta lagu-lagu tradisi akan berkumandang.

Makan Malam dan Perjumpaan Keluarga pada Malam Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina ialah perayaan yang dikaitkan dengan keluarga dan masa yang paling penting untuk bersama keluarga adalah pada Malam Tahun Baru Cina. Semua ahli keluarga akan berkumpul dan makan bersama kerana tradisi ini dianggap sebagai hidangan yang paling penting pada tahun itu. Di Malaysia, makan malam ini secara meluas dipanggil 'makan besar', dan selalunya akan melibatkan beberapa generasi keluarga berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat. Selepas makan malam istimewa ini, keluarga akan berjaga sehingga tengah malam untuk menyalakan mercun dan bunga api menandakan perayaan tahun baru bermula.

Menyalakan Mercun dan Bunga Api

Secara tradisinya, Tahun Baru Cina disambut dengan menyalakan banyak mercun. Seiring dengan peredaran zaman dan waktu, bunga api juga turut diselitkan dalam sambutan perayaan ini. Tradisi ini berlaku dalam skala besar pada perayaan umum dan pada skala yang lebih kecil di pesta dan perhimpunan keluarga. Setiap tahun pada tengah malam, langit di negara China dipenuhi dengan berbilion-bilion bunga api yang indah dan di kebanyakan negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Bertukar-tukar Hadiah Tahun Baru Cina dan Sampul Merah

Setiap tahun,kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina dengan menghadiahkan sampul merah kepada ahli keluarga dan rakan-rakan. Sampul merah yang lebih di kenaali sebagai “ang pow” ini biasanya diisi dengan wang dan penerima yang paling seronok dan gembira adalah kanak-kanak, mereka yang belum berkahwin serta warga emas yang telah bersara. Pemberian sampul ini dianggap membawa tuah kepada mereka yang menerimanya. Sampul merah bukannya satu-satunya hadiah yang selalu diberikan pada perayaan ini antara hadiah Tahun Baru Cina yang popular ialah alkohol, teh, buah-buahan dan gula-gula.

Menonton Tarian Singa dan Naga

Tarian singa dan naga akan diadakan setiap kali Tahun Baru Cina dan merupakan sebahagian daripada perayaan ini. Tetamu yang hadir menziarah akan dipersembahkan dengan tarian singa semasa sambutan perayaan dan dipercayai membawa kemakmuran dan tuah untuk tahun yang akan datang.

KALENDAR TAHUN BARU CINA

Kalendar zodiak Cina berbeza daripada kalendar Gregorian kerana terdiri daripada kitaran dua belas tahun dan setiap tahun dinamakan sempena haiwan. Sama seperti tanda zodiak, kaum Cina mempercayai personaliti sesiapa yang dilahirkan adalah sepadan dengan tahun haiwan. Mereka percaya setiap individu akan berkongsi ciri tertentu dengan haiwan tersebut. Sebagai contoh, mereka yang dilahirkan pada Tahun Tikus dianggap kreatif dan bijak.

SAMBUTAN PERYAAN DEEPAVALI DI MALAYSIA


Deepavali (juga disebut Diwali) bukanlah perayaan yang asing di negara kita, namun tidak semua mengambil cakna tentangnya. Pada setiap tahun, satu hari diwartakan sebagai cuti umum di Malaysia sempena sambutannya. Perayaan yang penuh warna-warni ini mungkin kelihatan sama dengan perayaan lain di Malaysia, namun ia ada simbol dan kepentingannya yang tersendiri. Untuk mengetahui sedikit sebanyak tentangnya, kami sempat berbual dengan seorang penggiat seni yang tidak asing dengan seni pentas Tamil dan kecantikan perayaan Deepavali sendiri.

Tanabalan Sinniah (S. T. Bala), 35, merupakan pengerusi dan anak filem (penulis dan pengarah) dari Persatuan Seni Pentas India (PSPI) dan Fenomena Seni Pentas yang bertapak di Kuala Lumpur. Sudahpun mengeluarkan lebih 15 buah teater dan empat buah filem di bawah namanya, teater pertama yang dipentaskan oleh Bala adalah pada tahun 1989 di Panggung Bandaraya. Teater Iruvar (2005) arahannya menjadi salah satu judul yang mengangkat namanya di persada seni selepas produksi tersebut diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai teater pertama yang tegar dalam penggunaan duo-wataknya (First Tamil Two-Cast Theatre Play). Dia yang sudah lama bergiat dalam seni pementasan, umumnya teater Tamil berhasrat untuk terus membawa karya anak bangsa ke hadapan melalui kerja-kerja produksinya.

Apakah signifikasi sambutan Deepavali?

Deepavali sememangnya pesta penuh cahaya. Menurut teks Sanskrit, ‘Deepa’ bermaksud cahaya atau lampu manakala ‘Avali’ bermaksud garisan. Deepavali, atau ‘susunan dan garisan cahaya’ ini simbolik kemenangan penganut agama Hindu. Buat mereka, hari Deepavali menandakan hari kekalahan syaitan Narakasura yang ditundukkan oleh dewa Vishnu. Kekacauan dan kegelapan yang dipercayai berlaku secara sekian lamanya ini diganti dengan terang cahaya – pentingnya simbol pelita atau lampu-lampu yang dinyalakan pada hari Deepavali, iaitu hari kesepuluh selepas tumpasnya Narakasura.

BERAPA LAMAKAH PERAYAAN INI DISAMBUT?

Deepavali disambut pada bulan ketujuh mengikut kalendar suria Hindu, yang biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November. Perayaan ini mungkin disambut selama beberapa hari (lazimnya 4 ke 5 hari, juga boleh dilanjutkan kepada seminggu) bergantung kepada tempat dan keadaan, dengan hari Deepavali sebagai hari besar atau hari teras. Namun begitu, persediaan menyambut Deepavali akan bermula seawal sebulan sebelum hari perayaan itu sendiri. Salah satu persediaan adalah menyusun dan melengkapi rumah-rumah dengan dekorasi terang seperti kelipan lampu atau pelita. Untuk yang sukakan suasana tradisional, mereka akan menggunakan pelita tanah liat sebagai dekor.

Buat pengetahuan anda, jika ada saudara-mara yang meninggal dunia pada sesebuah tahun, kata Bala, “Keluarga terdekat si mati akan mengelak dari menyambut Deepavali pada tahun tersebut untuk berkabung dan hanya akan meneruskan sambutan pada tahun seterusnya buat menghormati mereka yang baru sahaja pergi.”

 



Apakah amalan-amalan biasa yang dapat dilihat semasa perayaan ini?

 

“Pertama sekali sewaktu awal pagi, kami (warga yang menyambut Deepavali) akan mandi menggunakan minyak bijan. Kami akan bangun seawal jam lima pagi untuk menyempurnakan mandian ini. Seingat saya, sewaktu kecil-kecil datuk dan nenek saya yang akan membantu saya dalam memandikan saya dengan mandian minyak bijan ini,” jawab Bala. Gosokan wajib minyak bijan dari hujung kepala ke hujung kaki ini buat seisi keluarga, tidak kira umur, amat bersesuaian dengan khasiat minyak itu sendiri yang baik untuk kesihatan tubuh badan. Minyak bijan sinonim dengan semangat pembaharuan dan selain menyejukkan badan, ia sering dikaitkan dengan penyucian dalaman seseorang individu.

Selepas minyak bijan selesai diratakan ke tubuh badan, kata Bala, “Kami akan memakai pakaian baru untuk upacara sembahyang. Selalunya kami akan membeli baju baru khas untuk merayakan Deepavali. Pakaian baru untuk sambutan ini tidak wajib, tetapi ia sesuatu yang amat digalakkan dan ia mampu mencantikkan lagi sambutan Deepavali anda.”

Sebelum sembahyang di kuil, ahli-ahli keluarga akan sembahyang di kediaman masing-masing terlebih dahulu untuk memperingati ahli-ahli keluarga yang sudah tiada. Hari perayaan ini juga digunakan untuk mengambil restu daripada warga yang lebih tua untuk memperoleh keberkatan. Upacara sembahyang biasanya disambung pula dengan amalan ziarah sesama keluarga dan sahabat handai. Ada yang turut mengadakan rumah terbuka! “Rumah terbuka (open house) ini tidak semestinya berada pada hari Deepavali itu sendiri,” katanya, “Ia juga boleh diadakan beberapa hari selepasnya. Ramai juga orang yang memilih untuk melakukannya pada hari minggu susulan hari Deepavali.”

KESIMPULAN

Tidak kira apa perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum dan agama selagi kita masih berpijak di bumi Malaysia seluruh warga akan meraikan pelbagai perayaan dengan memberikan hari cuti rasmi kepada seluruh warga Malaysia yang majmuk.Apa jua perayaan yang diraikan pasti terdapat hal yang positif yang terdapat dari semua perayaan adalah mengeratkan silaturahim.Ini kerana masyarakat Malaysia akan saling membantu walau apa jua perayaan yang akan disambut dengan memberi bantuan kewangan,tenaga dan sebagainya agar setiap perayaan yang disambut akan menjadi meriah supaya generasi muda akan mengekalkan budaya saling membantu hingga ke masa hadapan.


RUJUKAN

https://www.kkmm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=510:h

https://www.utusanborneo.com.my/2016/07/11/hari-raya-aidilfitri-jambatan-untuk-mempertingkatkan-perpaduan

http://warnawarniohmalaysiaku.blogspot.com/p/hari-raya-aidiladha.html

https://www.astroawani.com/gaya-hidup/sambutan-tahun-baru-cina-apa-yang-anda-perlu-tahu-93552

https://www.twinkl.com/teaching-wiki/tahun-baru-cina

https://baskl.com.my/inilah-cara-deepavali-disambut-di-malaysia/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pakaian tradisional lambang masyarakat majmuk

BAHASA MELAYU BAHASA PERPADUAN

AKHIR BLOG